Safari Extensions Gallery – Laman web rasmi bagi extension untuk Safari

Apple kini telah melancarkan Safari Extensions Gallery, laman web rasmi untuk menyenaraikan extension bagi pelayar web popularnya, Safari. Safari Extensions Gallery menyenaraikan extension mengikut kategori-kategori tertentu seperti berita, bookmark, Twitter, dan pelbagai lagi. Buat masa sekarang, hanya sebilangan extension sahaja yang disertakan bagi setiap kategori. Diharap kelak Apple akan menambah banyak lagi extension untuk bersaing [...]

Jimatkan masa untuk copy dan paste dengan Jumpcut

Pernah tak berlaku situasi di mana anda harus menyalin beberapa teks yang berasingan dari satu fail ke satu fail yang lain. Biasanya anda akan copy, tukar ke fail lain, paste, tukar semula ke fail asal, dan proses ini berterusan. Sebenarnya anda telah membazirkan banyak masa untuk bertukar-tukar di antara aplikasi.

Sunting Imej Hanya Dengan Menggunakan Preview

Sebagai seorang blogger, saya sering melakukan suntingan asas terhadap imej seperti crop dan resize. Saya dapati Adobe Photoshop adalah terlalu berat untuk tugas mudah seperti ini, jadi ianya tidak praktikal. Rupa-rupanya, saya tidak perlu download perisian lain pun untuk tugas ini. Saya dapat tahu daripada tweet Flisterz, yang Preview boleh melakukannya. Pergi kepada menu Tools, [...]

MarsEdit: Editor blog untuk Mac

Oleh kerana saya baru berpindah daripada Windows ke Mac, saya ingin mencari satu editor blog yang dapat menandingi Windows Live Writer. Saya mulakan pencarian saya dengan software percuma seperti Thingamablog, Qumana, Flock, ScribeFire dan Bleezer. Namun kesemuanya tidak dapat memenuhi kehendak saya. Jadi saya beralih kepada perisian yang berbayar, bermula dengan MarsEdit.

Echofon untuk Mac – Pesaing Tweetie?

Saya telah menggunakan Tweetie buat sekian lama kerana fungsinya yang bagus dan antaramuka yang sangat cantik dan kemas. Namun, Tweetie tidak menyokong beberapa fungsi baru Twitter seperti RT dan List. Kini, Echofon pula keluar untuk Mac (sebelum ini Echofon hanya ada untuk iPhone dan Firefox) dan saya dapati antaramukanya juga sangat menarik. Bukan itu sahaja, [...]

Sembang Komputer on Facebook