MarsEdit: Editor blog untuk Mac

Oleh kerana saya baru berpindah daripada Windows ke Mac, saya ingin mencari satu editor blog yang dapat menandingi Windows Live Writer. Saya mulakan pencarian saya dengan software percuma seperti Thingamablog, Qumana, Flock, ScribeFire dan Bleezer. Namun kesemuanya tidak dapat memenuhi kehendak saya. Jadi saya beralih kepada perisian yang berbayar, bermula dengan MarsEdit. Antaramuka MarsEdit Seperti [...]

Oleh kerana saya baru berpindah daripada Windows ke Mac, saya ingin mencari satu editor blog yang dapat menandingi Windows Live Writer. Saya mulakan pencarian saya dengan software percuma seperti Thingamablog, Qumana, Flock, ScribeFire dan Bleezer. Namun kesemuanya tidak dapat memenuhi kehendak saya.

Jadi saya beralih kepada perisian yang berbayar, bermula dengan MarsEdit.

Antaramuka MarsEdit

Seperti kebanyakan perisian Mac, MarsEdit terbahagi kepada tetingkap-tetingkap yang berasingan. Ini termasuklah:

  • Main Window – memaparkan senarai blog dan senarai entri.

marsedit-01.png

  • Tetingkap untuk anda menulis entri. Di sini juga anda boleh tetapkan tajuk, tag, excerpt, slug, kategori, dan macam-macam lagi.

marsedit-02.png

  • Preview – Menunjukkan bagaimana entri akan dipaparkan pada blog.

marsedit-03.png

Menulis entri

Tidak seperti editor blog yang lain, MarsEdit tidak menyokong fungsi WYSIWYG. Ini bermakna anda perlu menulis blog dalam kod HTML.

Namun, kelebihan MarsEdit adalah anda boleh menggunakannya bersama editor teks pilihan anda. Fungsi ini sangat menarik buat programmer khususnya, kerana biasanya mereka mempunyai editor teks kegemaran masing-masing.

Sebagai contoh, saya menggunakan MarsEdit bersama TextMate, kerana saya selalu menggunakan TextMate untuk Ruby on Rails.

Preview

Preview akan menunjukkan bagaimana kod HTML anda akan dipaparkan. Anda perlu mengubahsuai template terlebih dahulu jika anda ingin sertakan theme dalam preview.

Memasukkan imej

marsedit-04.png

Fungsi untuk memasukkan imej adalah satu kelemahan dalam MarsEdit. Ini kerana apabila anda ingin menyertakan imej, ia akan di-upload terus ke server blog anda. Katakanlah anda ingin menukar imej tersebut, anda perlu upload sekali lagi.

MarsEdit juga tidak menyediakan sebarang fungsi mengubahsuai imej seperti resize dan crop. Anda harus mengubahsuai imej di dalam perisian yang lain terlebih dahulu.

Rumusan

MarsEdit mendapat review yang bagus dari blogger ternama seperti Shawn Blanc. Sayangnya dari segi fungsi, MarsEdit tidak dapat menandingi perisian percuma seperti Windows Live Writer.

Kekurangan MarsEdit dari segi menguruskan imej membuatkan saya rasa tidak berbaloi untuk menghabiskan US$30 (kira-kira RM100) untuk perisian ini.

Nantikan review saya yang seterusnya mengenai satu lagi editor blog yang berbayar, iaitu Ecto.

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Related Posts

Popular Posts


Leave Your Response

* Name, Email, Comment are Required
Sembang Komputer on Facebook