Sebagai seorang blogger, saya sering melakukan suntingan asas terhadap imej seperti crop dan resize. Saya dapati Adobe Photoshop adalah terlalu berat untuk tugas mudah seperti ini, jadi ianya tidak praktikal.
Rupa-rupanya, saya tidak perlu download perisian lain pun untuk tugas ini. Saya dapat tahu daripada tweet Flisterz, yang Preview boleh melakukannya.
Pergi kepada menu Tools, dan anda boleh lihat fungsi-fungsi seperti resize, crop, rotate, dan flip. Malah pengguna berkemahiran boleh menggunakan fungsi Adjust Color untuk menetapkan exposure, contrast, dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, Preview juga mempunyai fungsi annotate yang membolehkan anda memasukkan anak panah serta teks ke dalam imej. Sangat berguna, lebih-lebih lagi buat blogger.
Jadi jika anda ingin membuat suntingan asas terhadap imej tanpa mengeluarkan duit untuk perisian berbayar seperti Pixelmator dan Acorn (atau perisian screencapture berbayar seperti LittleSnapper dan SnagIt), cukuplah sekadar Preview yang sudah terbina dalam Mac.







Leave Your Response